Wednesday 16 May 2012

Iklan ade makne...

Iklan menarik daripada petronas. Biase la kan..petronas selalu bikin iklan-iklan menarik sempena kemerdekaan, hari raya dan sebagainya. Dan seperti biasa juga, mesej yang disampaikan sangat bermakna. Just chill...rehatkan minda...

Tanah air


Hayati sebuah sajak nukilan Allahyarham Dato' Usman Awang. Video ini adalah hasil tugasan kumpulan kami (Saya, Madiha dan Hajar). Saya ingin berkongsi kepada yang bertandang di blog ini. Walaupun tak sebagus mana pun, tapi inilah kali pertama saya buat video....huhu..

Walaupun agak malu nak tayang kat korang sume, tapi daripada saya peram (x jadi jeruk pun), baik sy share kan...heee...Apepun hayatilah sore ayahandaku yang hensem nih (pendeklamasi).Eceh perasan pulak...

Sumber-sumber sejarah


Sumber primer: Artifak



 
Sumber primer: Fosil



Sumber primer: Batu Bersurat








  Sumber primer: Manuskrip dan fail rasmi




 Sumber sekunder: Buku dan Jurnal

Kemerdekaan Negara~

     Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
     
     Pengisytiharan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan "MERDEKA" 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das. 

     Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London pada Feb 8, 1956. Di sebelahnya adalah Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Jajahan.




Rombongan Tunku Abdul Rahman ke Padang Bandar Hilir, Melaka  untuk pengumuman kemerdekaan setelah pulang dari London.



 
Saat laungan "MERDEKA" Oleh Tunku Abdul Rahman





Keadaan dalam Stadium Merdeka semasa pengisytiharan.

Sejarah mengajar kita mengenang jasa pejuang-pejuang negara demi menuntut kemerdekaan. Pelajarilah sejarah negara kita untuk melihat kembali asal-usul kita supaya di hari kemudian kita tidak akan lupa diri. Oleh itu merdekakan diri kita dari di belenggu anasir-anasir luar yang memudaratkan diri-sendiri. 

Wednesday 9 May 2012

sejarah dan kita
View more presentations from Hamizah Ajam.

Bahan bantuan mengajar bagi mata pelajaran sejarah tingkatan 1 : Sejarah dan kita.
Bolehlah download di slideshare. Semoga kita 'belajar dengan gembira' ^^

Tuesday 8 May 2012

Mari belajar dengan serius~wink

SEJARAH DAN KITA 
  1. Sejarah ditakrif sebagai peristiwa-peristiwa masa lalu yang berlaku dalam kehidupan manusia. 
  2. Dalam bahasa Arab sejarah dikenali sebagai SYAJARATUN. 
  3. Syajaratun bermaksud; Pokok, salasilah, keturunan, pohon riwayat, asal-usul
PENGERTIAN SEJARAH

Herodotus:
Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.

Yusuf Ibrahim:
Catatan atau rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.

Ibnu Khaldun:
Membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat tersebut.

CIRI-CIRI SEJARAH

Fakta yang tepat dan benar 
Segala peristiwa, tarikh, tempat dan tokoh penting dianggap sebagai fakta sejarah.
Fakta sejarah hendaklah dibuktikan melalui sumber.
 
Penting dan bermakna
Peristiwa sejarah mestilah penting dan membawa kesan kepada pelajar, ahli keluarga, masyarakat dan negara.

Sebab dan akibat
Untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa, pengkaji perlu mengetahui apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana sesuatu peristiwa berlaku.

Sumber Sejarah
 
Ciri Sumber Pertama/Sumber Primer. 
  1. fosil, artifak dan keterangan lisan.
  2. Belum diolah dan dicetak
  3. Masih asli dan belum ditafsir.
  4. Contoh: fail rasmi jabatan, surat peribadi, manuskrip belum dicetak & batu bersurat.
Ciri Sumber Kedua/Sumber Sekunder.
  1. Bahan yg  dikaji melalui bacaan bahan bertulis.
  2. Ditulis oleh sejarawan.
  3. Diolah dan dicetak.
  4. Disebarkan kepada umum.
  5. Buku, majalah, jurnal, akhbar dan risalah.
Kaedah Pengkajian Sejarah

Kaedah lisan.
  1. Maklumat diperoleh secara terus
  2. melalui ucapan, penceritaan, perbualan
  3. Maklumat sejarah drp ucapan tokoh.
  4. Maklumat berkait dgn tradisi sastera rakyat spt mitos, legenda, dongeng dan puisi.
  5. Sejarawan memilih, mentafsir dan bandingkan fakta
  6. Kelemahan –  wujudnya unsur tokok tambah yang bercampur dengan unsur mitos, legenda dan dongeng.
  7. Kesan kemajuan sains dan teknologi
kaedah pandang dengar digunakan.  
Contoh: televisyen,  pita rakaman &  internet

Kaedah bertulis.
  1.  Maklumat drp sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, kulit kayu, gading dan sebagainya.
 Kaedah arkeologi.
  1. Maklumat berdasarkan kajian saintifik. 
  2. Antara cabang bidang arkeologi ialah angkasa lepas, maritim dan gali cari. 
  3. Maklumat ditemui melalui proses gali cari. 
  4. Melalui proses gali cari, ketetapan usia bahan dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiocarbon.
Pentafsiran Sejarah
  1.  Tafsiran menjadikan peristiwa bermakna,
  2. Sejarawan berusaha mencari jawapan
  3. Tafsiran tepat memerlukan penyelidikan
  4. Tafsiran mungkin berbeza antara  sejarawan.
    1. ada yang kata pembunuhan Birch kerana beliau memperkenalkan sistem cukai.
    2. Sejarawan lain – pembunuhan kerana Birch ambil alih kuasa pembesar dan raja
  5. Tafsiran berbeza disebabkan pandangan yang berlainan antara sejarawan.
    1. Sejarawan barat – penjajahan British kerana ingin membantu raja mententeramkan kacau bilau
    2. Sejarawan  lain – penjajahan  kerana British ingin membolot kekayaan ekonomi Tanah Melayu.
    3. Sejarawan Barat – anggap Tok Janggut, Dato Bahaman sebagai pemberontak.
    4. Sejarawan tempatan – anggap pahlawan Melayu sebagai pejuang tanah air.
  6. Sejarawan mestilah jujur dan bertanggungjawab ketika membuat penyelidikan dan penilaian peristiwa sejarah
Tujuan mempelajari Sejarah
  1. Banyak ilmu pengetahuan.
  2. Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
  3. Memahami sejarah tamadun awal bangsa
  4. Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi
  5. Membentuk keperibadian bangsa
  6. Ketahui pemimpin dan tokoh negara
  7. hargai jasa dan pemimpin negara masa lalu dan kini
  8. Sikap berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan
  9. Merangka wawasan masa depan dengan yakin untuk mempertahankan kedaulatan dan kemajuan negara.
Faedah mempelajari sejarah. 
  1. Panduan  untuk memperbaiki kesilapan
  2. Menjadi perangsang  memajukan negara
  3. Mengingati  zaman keagungan kita
  4. Memupuk semangat patriotisme
  5. Rakyat berbangga menjadi rakyat Malaysia
Rumusan
  1. Sejarah – panduan dan pengajaran untuk panduan masa kini dan masa hadapan.
  2. Melalui sejarah, generasi kita dipupuk dengan semangat patriotisme
  3. Sejarah membantu kita menghargai serta memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara.