Wednesday, 16 May 2012

Kemerdekaan Negara~

     Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
     
     Pengisytiharan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan "MERDEKA" 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das. 

     Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London pada Feb 8, 1956. Di sebelahnya adalah Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Jajahan.




Rombongan Tunku Abdul Rahman ke Padang Bandar Hilir, Melaka  untuk pengumuman kemerdekaan setelah pulang dari London.



 
Saat laungan "MERDEKA" Oleh Tunku Abdul Rahman





Keadaan dalam Stadium Merdeka semasa pengisytiharan.

Sejarah mengajar kita mengenang jasa pejuang-pejuang negara demi menuntut kemerdekaan. Pelajarilah sejarah negara kita untuk melihat kembali asal-usul kita supaya di hari kemudian kita tidak akan lupa diri. Oleh itu merdekakan diri kita dari di belenggu anasir-anasir luar yang memudaratkan diri-sendiri. 

No comments: